18 June 2014

Contoh Gambar - Gambar
Majlis Perkahwinan
yang telah dijalankan sekitar Kuala Lumpur
 
 
Setting Meja Beradap dan Pelamin Pentas di Dewan Majlis DBKL Pantai Dalam, KL
 
 
Pelamin Rumah, Ara Damansara, Subang Jaya
 
 
Butik Andaman, Ara Damansara, Subang Jaya

Andaman , Ara Damansara, Subang Jaya

 
Kek Pengantin, Bukit Rahman Putra Sg Buloh
 

 
Menu Masakan Paling ISTIMEWA kami
 
Bagi yang sudah merasai kenikmatan dan keenakan rasa sejati ramuan asli sarawak, masakan daging masak hitam anda akan ingin menikmati nya lagi..
 

Daging Masak Hitam Sarawak


Daging Masak Hitam Sarawak

Kek Lapis Choc Cheese Sarawak

Kek Lapis Sarawak teramat terkenal sekali di Bumi Kenyalang, Sarawak. Setiap kali pergi ke Kuching, Sarawak, tidak sah kalau tidak membeli dan membawa pulang Kek Lapis Sarawak. Bagi yang belum kesampaian untuk pergi ke Sarawak, Kini anda juga boleh membeli secara Online di Portal Bazarraya.com



Portal Bazarraya.com ini adalah sebuah portal Online Shopping bagi Usahawan - Usahawan Bumiputera Tempatan secara langsung dan tidak langsung dengan Usahawan - Usahawan di bawah naungan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi memasarkan produk mereka.

Portal Bazarraya.com ini dimiliki oleh Bazarraya, yang beralamat di No.8, Jalan Nuri 7A, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Usahawan yang berminat untuk mempromosikan barangan melalui portal ini boleh menghubungi kami melalui email: bazarraya2u@gmail.com 

Di Portal Bazarraya.com, Anda boleh mendapatkan bermacam - macam produk usahawan tempatan. Produk yang terdapat sekarang adalah seperti Tudung, Baju dan Kasut. Selain itu, juga terdapat Produk Makanan seperti Kuih dan Makanan Tradisional. Sempena bulan ramadhan tidak lama lagi dan Hari Raya terdekat ini, anda boleh berniaga secara sambilan bersama kami. Disini kami menjadi pembekal barangan dan produk dengan harga borong.

Contoh-Contoh Produk yang ada di Bazarraya.com





                  Saya seorang insan diberi nama Mohamed Masnizam Massary. Dilahirkan pada 23 Julai 1983 di Kuching, Sarawak. Telah berhijrah ke Semenanjung Malaysia pada penghujung tahun 2002. Saya meminati bidang perkhidmatan katering (F&B) sejak kecil lagi setelah mengikuti beberapa event dan perniagaan keluarga di Kuching, Sarawak.
                   Sebelum memulakan perniagaan sendiri di Semenanjung Malaysia, saya telah bekerja bagi mendapat pengalaman, mengikuti citarasa warga setempat, mendapat rangkaian pelanggan dan lain-lain. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan sehingga sekarang adalah menjunjung kasih Anakanda Sultan Brunei semasa Tuanku menghadiri majlis tidak formal bagi menonton perlawanan bolasepak antara Kelab Bolasepak Tuanku sendiri Brunei DPMM. Selain itu juga, memberi perkhidmatan katering pada majlis-majlis yang dihadiri Yang Dipertuan Agong, Sultan-Sultan, Kerabat Diraja dan Menteri-Menteri VVIP dan VIP...

 
Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2010
 
 
* Setiausaha Agong Persatuan BolaSepak Malaysia (FAM)

 
Perlawanan Persahabatan ASIA TOUR 2011 Malaysia
Arsenal FC - Liverpool FC - Chelsea FC

 
* No. 1 For Access VVIP Area & Working Area

17 June 2014

 


MALAY . CHINESE . WESTERN

Your Perfect One Stop Solution
 
Serimas Food & Services

       
                      Serimas Catering dimiliki dan diuruskan oleh Serimas Food & Services telah ditubuhkan pada 13 November 2006. Aktiviti perniagaan mula aktif beroperasi semenjak  tahun  2007 setelah kami berjaya menerima kontrak daripada sebuah syarikat Antarabangsa yang berpusat di Amerika Syarikat iaitu Western Digital. Kami merupakan salah satu dari pengusaha Kafeteria yang bertanggungjawab untuk menyediakan makanan bermasak di kilang pengeluaran Western Digital yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Bebas Sungei Way, Petaling Jaya.   Kami turut menerima tempahan untuk menyediakan juadah berbuka puasa untuk kakitangan yang beragama Islam seramai 1000 orang sepanjang bulan Ramadhan pada tahun yang sama.

         Selain itu kami juga  turut menerima tempahan dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), PKNS FC, Myteam FC, Malaysia Super League (MSL) dan MAYA Team Event untuk menyediakan makanan semasa perlawanan bola sepak yang berlangsung di stadium atau kompleks sukan selain upacara yang lain seperti Mesyuarat Agong, Taklimat Perlawanan, Sidang Media dan sebagainya. Kami berbangga kerana diberi kepercayaan untuk mengurus dan menyediakan makanan dan minuman yang pernah dihadiri oleh KDYMM Di-Pertuan Agong, DYMM Sultan serta Kerabat Di-Raja dari beberapa buah negeri, tetamu terhormat Antarabangsa yang mewakili pasukan pihak lawan serta penganjur (FIFA), orang kenamaan, pemain bola sepak, pihak media dari dalam dan luar Negara dan anggota yang bertugas semasa berlangsungnya perlawanan bola sepak yang dianjurkan oleh beberapa pihak khasnya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
             Serimas Food & Services telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam bidang Makanan Bermasak Secara Islam. Pihak kami yakin bersedia dalam memberi perkhidmatan yang berkualiti untuk Kerajaan Pusat & Negeri dan pihak swasta.

      Serimas Food & Services telah ditawarkan kontrak untuk mengendalikan operasi Kafeteria PS Pipeline Sdn Bhd (A Joint Venture Company between Petronas Dagangan Berhad and Shell Malaysia Trading Sdn Bhd) bertempat Klang Valley Distribution Terminal (KVDT) KM 18, Jalan Dengkil – Puchong, 43800 Dengkil, Selangor Darul Ehsan selama 3 tahun bermula 1 Mei 2014 sehingga 30 April 2017. Serimas Food & Services telah diberi kepercayaan mengendalikan operasi  kafeteria dengan kontrak tetap selepas ditawarkan kontrak sementara  pada 21 September 2013 sehingga 30 April 2014.
             Dengan ini, Serimas Food & Services akan menggunakan segala kemudahan yang disediakan di Kafeteria PS Pipeline Sdn Bhd, merangkumi dapur memasak yang luas, tempat menyediakan makanan yang selesa, kemudahan elektrik dan air disediakan percuma, Serimas Food & Services ingin memohan pinjaman bagi tujuan meluaskan perkhidmatan katering pada skala atau skop yang lebih besar. Kami ingin memperkenalkan konsep dapur bergerak untuk membolehkan kami menyediakan makanan sentiasa panas dan bersih pada masa hadapan. Selain itu, kami ingin menambah kelengkapan katering serta membeli van baru atau lori untuk penghantaran makanan. Serimas Food & Services juga dalam proses untuk mendapatkan kontrak tetap menyediakan makanan kepada Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) bertempat di Lebuh Enstek, Bandar Enstek, Nilai di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
 
Option
Menu Option
Please choose your order